Thursday, 2 April 2015

SEKALIPUN TAKKAN

mahukah kau tahu hari ini sudah bberapa hari kebersamaan kita cinta? sungguh pahit yang kita telan bersama, juga manis yang telah kita kecap. memberi bahagia lewati 349 hari ini.. tidak. aku tidak sesal memilih untuk bersamamu,

tahu?

kau ajar aku satu benda , untuk jatuh itu senang. namun senang untuk kekal itu susah. tapi, aku tak rasakan begitu, malah..  aku mahu untuk terus kekal, terus ada, terus bahagia disampingmu,

hatta sekali pun kita menempuh hampas yg selalu menduga, kita tetap cekal kan?
iya.. kau beritahu aku..senang susah kita berdua, dan aku mahu untuk terus pegang
kata mu.

kau maknakan hidup untuk aku. takkan sekali badai hancurkan hubungan ini.
bila kita saling mencintai

dan aku

sekalipun takkan membiarkan sunyi sakiti dirimu.
sekalipun takkan membiarkan fikiran ku ganggu gugat warasmu,
sekalipun takkan membiarkan dirimu berasa jatuh dalam sesak mu

kerana aku, takkan sekali lagi hancurkan percaya yang telah terbina dalam dirimu
percayalah, aku berpegang janji kita, percayalah aku tak akan pergi nurhafiza..
kau satu yang hanya akan aku mahu, percayalah aku untuk kau

aku cuma mahu untuk katakan
selamat lalui hari ke 349 bersama. dan
terimas kaseh untuk luang masa mu bersama ku dan kalau ini waktu terakhir ku bersamamu.
dan kalau aku pergi dulu, baca kata ku

matinya aku bukan akhir hubungan ni. aku mahu kau tahu yang aku cintakan kau.

sangat dalam untukkau,mungkin luas juga tuk kau hadap..
bingkis perasaan ini buatmu. cukupkah untuk lindungi kau?
aku harap aku mampu. mampu bertahan disisimu sayang

jaga dirimu nurhafiza
jaga dirimu cinta

takkan temukan gadis sepertimu
kau keajaiban dalam rasa
hanya satu. dan aku bahagia mencinta mu ..










No comments:

Post a Comment